Aku, gadis kurung hijau dan Yeo’s

Seperti hari-hari lepas, aku bangun tidur dengan muka ‘kacak’. Itu kenyataan. Aku harus terima dengan hati terbuka, haha.

Toleh kanan. Toleh kiri. Adik aku masih nyenyak tidur dan disyaki juga masih dibuai mimpi-mimpi indah. Aku jelous sebab terpaksa bangun untuk kerja demi mencari rezeki halal.

Aku seorang blogger, tu kerja aku.

Setiap hari sebelum hadap komputer, aku selesaikan segala hal yang perlu didahulukan selepas bangun tidur, baru lah boleh hadap komputer untuk berblog sambil minum air cincau Yeo’s untuk segarkan otak dan badan pada waktu pagi yang damai ni. Aku sayang dan cinta akan blog aku. Itu sebab hari-hari aku hadap blog. Blog balas cinta aku dengan pelbagai kegembiraan termasuk beri aku duit poket tambahan. Indah sungguh hidup ini. Yeahh.

Tengok komen pembaca blog adalah antara perkara pertama aku buat sebab memang aku ternanti-nanti komen mereka, itu satu keseronokan. Ada yang komen serius, ada yang komen nakal, ada yang komen cintakan aku. Fuhh ! Bahagianya ~

3 jam berlalu ..

Aku dah siapkan apa yang patut aku buat termasuk mendaftarkan diri dalam event Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 yang akan diadakan pada 8hb Mac 2014, kalau tak silap aku, bertempat di Saloma Bistro. Aku dari Kelantan, terpaksa menginap kat mana-mana homestay pilihan di sana dan aku dah book elok-elok satu homestay yang menarik lagi menawan untuk 3 hari 2 malam.

Yeo’s merupakan penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014, lalu diberi nama sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 dengan hashtag #SBB2014 #SBBYEOS2014. Terima kasih kepada pihak Yeo’s kerana sudi menaja pelbagai minuman yang mana aku sendiri akan kembungkan perut ini dengan air minuman Yeo’s sebagai tanda bukti aku suka jenama ini. Yeahh.

Matahari pun kian meninggi. Sudah tiba masanya untuk aku keluar mencari idea menulis, kalau asyik terperuk depan komputer, tiada peluh yang keluar maka kesihatan badan pun terjejas, kerja pun terbengkalai.

Aku tak nak macam tu ! Katakan ” TAK NAK ! ”

Buka almari, ambil baju biru tua langit dan seluar santai aku. Keluar bilik lalu keluar rumah. Tengok selipar mana yang available, itu yang aku ambil. Cek telefon sebelum keluar rumah, mana tahu ada awek mesej untuk chatting dengan aku, tapi malangnya, tiada, hmm. Terus naik motor dan VROOMMMM !

Sambil tunggang motor, sambil tu hirup udara pagi, sambil tu juga aku tengok makcik-makcik sedang berniaga.

Hampir sampai ke destinasi yang aku tuju, ternampak satu banner besar gedabak. “YEO’S PILIHANKU”. Aku senyum tanda setuju. Tema itu menjadi pilihan aku sebab aku akui, diri ni memang gemar minum minuman dari Yeo’s, tambah pula ianya menyihatkan.

Aku teruskan perjalanan pendek ini.

Lalu berhenti kat satu taman. Taman ni diberi nama Taman Pengubat Cinta Hati Yang Terluka atau senang aku pendekkan, Taman Indah. Yeahh.

Taman ni best. Banyak pokok tinggi, udara nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, ada kanak-kanak bermain dan bergaduh, tak lupa juga pakcik yang jual roti canai terbang kat situ, sedap ! Hee. Serious. Sedap weh.

Sekali order, ni yang aku dapat. Yeahh. Sedap sehingga menjilat tapak tangan. Makan roti canai disertai air soya Yeo’s – tiada tolak bandingan, terlalu tinggi level kesedapan combo ini. Bagi yang belum cuba, sila berbuat demikian sekarang.

“Sluuurrpppp”, hirup aku air soya Yeo’s hingga ke titisan terakhir untuk terus ceria sepanjang masa.

Bayar dan blah.

Aku masuk Taman Indah dan mencari satu tempat untuk bersantai. Melangkah dengan kaki kanan. Jalan dengan perlahan. Sebelah kiri aku, ada budak menangis, kes kena sepak dengan adiknya. Aku senyum. Sebelah kanan pula, ada pasangan suami isteri bermain guli roket yang mana aku sendiri tak tahu main macam mana. Teruskan lagi perjalanan mencari tempat terbaik.

Jalan. Jalan. Jalan.

“Gedebuk”, tersepak batu. Grrrr. Sambung jalan.

Jalan. Jalan. Jalan. Jalan.

Apa budak tu pegang ?

“YES !”, bisik hati manis aku. Jumpa tempat baik punya, laju-laju aku duduk kat situ tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling. Yeahh. Aku berseorangan. Kat situ, aku dengar pelbagai perbualan yang menarik perhatian blogger kacak ni.

“Oii abam, mana nak pergi ? Angah nak jugak air yogurt Yeo’s tuuuu”

“Sayang, nanti kita pindah rumah boleh ? Rumah sekarang bilik tak banyak pun”

“Mak dah makan ?”

“Mu oyak ko kawe tuh, bia dio pulok wat kijo. Aku sokmo keno buat”

“Ni blogger farzli ke?”

Hah ?! Suara lembut menyebut nama aku. Aku toleh kanan. Seorang gadis berkurung hijau dengan lemah lembut menyapa aku. Tergamam kejap. Dia bagi salam, aku jawab salam dengan sopan. Aku tengok dia – memegang pen, buku kecil dan kamera. Suasana jadi kekok. Terus aku bertanya.

“Adik ni dari mana ?”, memandangkan aku nampak dia lebih muda dari aku.

Dengan muka ceria, dia menjawab yang dia memang dah lama nak berjumpa dengan penulis blog farzli.com dan kebetulan ternampak aku masa tersepak batu tadi. Adeh, malu kejap. Tanpa lengahkan masa berharga, aku persilakan dia duduk bersandar pada pokok bersebelahan dengan aku. Sipu-sipu malu pun, tetap menerima pelawaan aku. Kami berbual tanpa menyedari yang masa sudah pun tengah hari.

Suatu masa, kami diam sebentar.

“Kreek. Kreek”, gadis tu rakam gambar semasa aku sedang menulis blog seketika. Aku posing dalam diam, haha.

Aku tanya, “Dahaga tak ?”. Dia hangguk tanda setuju memandangkan hari pun semakin panas, udara nyaman pagi kian menghilang. Aku bangun, sapu daun-daun kering yang melekat dan pergi beli air di kedai pakcik roti canai.

10 minit kemudian ..

Aku kembali, duduk dan bagi dia satu kotak air untuk hilangkan dahaga. Dia teguk air Yeo’s dengan penuh tertib dan adab. Aku ? Sekali jalan je, terus minum sampai habis, nak recharge kecergasan punya pasal, hehe. Masa aku teguk air, dia tengok sambil ketawa kecil.

“Arhh, pedulikan aje, dahaga ni weh”, terdetik dalam minda aku.

Tiba-tiba, dia memulakan perbualan.

“Awak tau tak ? …..”

“Tak. Kenapa ?”, laju aku mencelah.

“Orang nak citer la ni. Air Yeo’s memang saya suka sangat-sangat. Minum tiap hari pun tak jemu, pandai awak pilih”

“Dah saya pun pilih minuman Yeo’s jugak. Minuman diorang memang segar dan sedap, tambah pulak murah dan kurang manis. Lagipun HALAL, itu yang penting.”

“Haa. Betul tu. Saya tahu pasal syarikat Yeo’s. Awak tau tak ? Di……”

“Tak”, lagi, aku mencelah.

Dia buat muka marah-marah comel, “Haishh, orang nak cerita, diam sikit.”

Aku hangguk.

“Diorang ni terbaik, betul, tak tipu. Pihak Yeo’s ada tawarkan hadiah sebanyak RM20,000 untuk tempat pertama dalam Yeo’s Funderful Video Contest. Hebat kan?”

“Perghh ! RM20,000 tu.”

Gadis tu sambung lagi, “Hujung tahun lepas kan, pihak Yeo’s umum kepada seluruh rakyat Malaysia tentang penggunaan teknologi Aseptic Cold Fill PET iaitu pertama digunakan di Malaysia. Hebat tak ? Saya sendiri kagum tauuu.”

“Err, apa benda teknologi tu”, tanya aku sambil garu tangan.

“Hah ? Hmm. Tak ingat sangat, jap, saya cari dalam internet”, buka iPad Mini milik beliau untuk cari maklumat.

“Ci ci ci, ci ci ci ci”, bunyi burung kelicap.

..

..

….

“Ok, saya dah jumpa. Nah baca”

Disebabkan perasaan ingin tahu aku membara untuk mengenali teknologi pihak Yeo’s ni guna, aku amik iPad gadis comel tu dan baca artikel yang dia cari khusus untuk aku walaupun bahan yang aku nak baca dalam bahasa Inggeris. Aku tak kisah. Aku faham.

Aseptic Cold Fill PET Technology ranks no. 1 in beverage production process. The Aseptic Cold Filling processing and packaging aim to meet the needs of fast- growing trend of health-conscious consumers. “Aseptic Cold Fill Technology is highly regarded because its key filling process is done in normal temperature or cold fill and this technology is able to deliver beverages with higher nutritional value that taste fresher and natural” said Mr Ong Chay Seng, Chief Operating Officer of Yeo’s in his welcoming speech.

“Today’s lifestyle pace is very fast and the demand for ready-to-go nutritional products is increasingly important. The manufacturers’ challenge is to produce ready- to-serve products that retain the highest nutritional value. Yeo’s is delighted to introduce Cold Fill PET technology that delivers highest quality products with higher nutritional value, taste better and fresher to support today’s healthy living. In addition, as a prominent industry player, we strive to contribute to economic growth as well as to see our industrial sector grow with more modern technology.” added Ong.

Also present at the official launch at Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Mutiara Damansara, to officiate the wholesome experience of ultra-hygienic production process was Yang Berbahagia Dato’ Azman Mahmud, Deputy CEO 1 of Malaysian Investment Development Authorities (MIDA).

“Yeo’s products are highly diversified and designed with Asian flavours in mind. In view of this, MIDA will continue to initiate efforts towards developing the Food & Beverages industry in Malaysia, especially in regards to the manufacturing sector in order to assist and ensure that Malaysia achieves its economic transformation goals and aspirations towards a developed nation by the year 2020,” said Dato’ Azman

“We have no doubts of the capabilities of the management team who are constantly taking steps to ensure that they are kept up to date on the current trends in food and beverage industry. And, we are confident that the introduction of Aseptic Cold Fill PET Technology will become the benchmark of the industry,” added Dato’ Azman.

True to its tagline of “Yeo’s, The Natural Choice”, Yeo’s carefully selects the best natural and fresh ingredients and that has established Yeo’s to be household trusted brand over the decades. Yeo’s is the pioneer to package its Asian drinks in tetra-brik aseptic format using the UHT process and today Yeo’s is the first to produce its Asian drinks using Aseptic Cold Fill PET Technology. By processing its products in ambient temperature in a sterile environment, the freshness, taste and nutritional values of Yeo’s products are retained; the products are healthy and they do not contain preservative. It is also in Yeo’s agenda to educate fellow Malaysians on the importance of products’ manufacturing process by changing their perception that all bottled products are the same.

http://www.yeos.com.my/yeos-introduced-malaysias-first-aseptic-cold-fill-pet-production-line-18th-nov-2013/

Sambil aku membaca, gadis tu meneruskan perbualan berseorangan.

“Sebab tu la air Yeo’s ni segar, memang dibuat semulajadi tanpa letak atau masukkan sebarang benda asing lain seperti pengawet. Nutrisi dalam air pun banyak, baik untuk kesihatan masing-masing.”

Aku masih membaca untuk faham betul-betul. Boleh tahan rapat muka aku dengan iPad tu, lupa nak bawa cermin mata tadi.

“Terutama awak yang selalu duk hadap komputer untuk menulis, kesihatan kena jaga walaupun setiap hari bekerja”, tambah gadis tu lagi.

Berbisik aku sorang-sorang, “Memang aku minum pun, hang ja tak tahu”.

….

Boleh tahan fokus aku duk baca artikel tu sambil dengar bebelan gadis ni dan baru aku faham kenapa secara tak langsung minuman dari Yeo’s menjadi pilihan aku selama ni. Patut la segar semacam minuman mereka. Aku sudah faham. Nampaknya, aku terus memilih jenama Yeo’s sebagai minuman santai aku, yeahh.

Aku baca lagi beberapa artikel. Lepas tu, aku tahu sedikit sebanyak sejarah syarikat Yeo’s.

Yeo Hiap Seng bermula di sebuah kedai yang kecil di China, membuat kicap di kawasan Zhangzhou, daerah Fujian;
Pada 1900-an, Mr. Yeo Keng Lian, pengasas, salah seorang keluarga Yeo’s membawa bisnes itu dari China ke Nanyang;
Dengan dedikasi mereka yang tidak putus, produk mereka semakin dikenali dan dijadikan produk yang harus ada dalam setiap rumah orang Singapura;
Produk dari Yeo’s terus berinovasi. Mereka merupakan syarikat pertama di dunia membungkus minuman Asia dalam bentuk kotak;
Kari ayam juga merupakan satu produk yang popular yang dibungkus dalam tin;
Selepas diketahui orang ramai, Yeo Hiap Seng berkembang dengan mengeluarkan pelbagai makanan dan minuman;
Susu kacang soya berjenama Yeo’s diterima orang ramai dan syarikat ini terus berkembang dengan lebih pesat.

Dan ..

Mulai saat itu, aku cadangkan diri aku untuk terus minum minuman Yeo’s. Masa bersahur dan berbuka puasa aku dah buat. Aku sarankan untuk minum masa beriadah dengan keluarga, berjalan-jalan dengan yang tersayang, simpan dalam peti sejuk supaya setiap hari dapat minum bagi memberi idea lebih untuk aku menulis blog, mesyuarat dengan rakan-rakan sambil dihidangkan air Yeo’s, berkongsi kepada yang memerlukan supaya mereka turut merasai apa yang aku rasa, dan paling penting, dapat aku minum sambil sertai event SBB14 akan datang.

“Awak pun boleh tengok perkembangan semasa diorang kat facebook, twitter, google+ dan instagram. Mana la tahu kan pihak diorang nak bagi telefon pintar Lenovo secara percuma, hehehe”

“Wah ! Ye ke ?”, sambil buka samsung note 3 aku untuk mengikuti media sosial Yeo’s.

“Hmm. Youtube ada tak ?”, aku bertanya.

“Oh ! Lupa pulak. Pihak Yeo’s pun ada jugak youtube, ni alamat youtube Yeo’s“, dia ambil samsung aku untuk tulis alamat.

“Ok. Terima kasih atas segala maklumat tentang Yeo’s. Saya yang selalu minum Yeo’s tak tahu pulak secara terperinci teknologi yang mereka guna. Fuhh. Memang terus minum Yeo’s la macam ni.”

“Hehehe. Sama-sama. Terima kasih jugak sebab belanja minuman awesome ni”, kata gadis tu yang sedang senyum manis.

Lalu, gadis tu minta diri selepas beri semangat untuk aku terus menulis dengan penuh emosi cinta dan sempat juga dia ber’selfie’ dengan aku dibawah pokok ditemani budak-budak nakal kat belakang. Disebabkan masing-masing duk pegang air kotak soya Yeo’s, aku biarkan mereka masuk dalam gambar tu.

Seketika itu, aku berseorangan kembali.

Terfikir sejenak. Andai kata pihak Yeo’s ambil aku sebagai duta. Ayoyoyo ! Gembira aku kalau betul-betul berlaku. Bukan apa, aku suka dengan minuman Yeo’s dan dengan menjadi duta, secara tak langsung aku boleh promosi dengan lebih mengganas yang mana aku juga seorang blogger, supaya rakyat Malaysia tahu apa kelebihan Yeo’s dan juga tahu kenapa rasa air Yeo’s terlalu semulajadi. Dengan cara ni juga, boleh tingkatkan lagi pengeluaran mereka dan ramai lebih tahu keistimewaan Yeo’s berbanding jenama lain.

Boleh tahan jugak cadangan aku ni, hehe.

“Agak-agak sekarang ni, pihak Yeo’s dah ada duta ke ?”, aku bermonolog.

20 minit berlalu ..

Aku dah tulis idea-idea yang bakal diolah kat rumah nanti, untuk pembaca-pembaca blog aku sebab diorang pastinya tertunggu-tunggu apa yang bakal aku tulis hari ni. Yeahh. Harap mereka sabar.

Aku bangun dan terus beredar. Berjalan seorang diri dalam taman sambil tengok gelagat itik-itik sedang berlari, lalu di laluan yang sama ketika aku sampai pagi tadi. Aku ternampak batu yang aku tersepak tadi dan mengelak dengan jayanya. Begitu handal teknik aku, haha.

Jarak aku dengan motor sudah hampir 10 meter, aku terima satu notifikasi diikuti dengan musik yang syahdu. Aku buka tablet Acer kesayangan aku. E-mail dari yang bertulis nama “I’mYourLove”. Itu mak aku. Aku baca e-mail tersebut.

“Abam long, belikan mak air soya Yeo’s, kotak besar tau.”

Aku balas, “Roger madam”.

Aku patah balik untuk ke kedai pakcik tadi yang tak jauh dari tempat motor aku. Sebelum sempat aku buka peti sejuk, ternampak keratan akhbar yang menarik perhatian aku. Terus aku curi-curi baca sikit.

Wah wah wah ! Tanpa berfikir panjang, aku beli satu kotak air soya dan satu kotak kecil yogurt berperisa oren, kedua-duanya berjenama Yeo’s, itu yang pasti, yeahh. Selepas bayar kat pakcik roti canai, aku terus beredar keluar kedai menuju ke tempat motor aku untuk pulang ke rumah.

Semasa tunggang motor, aku terasa ada sesuatu yang lupa, membuatkan hati aku resah, tak dapat diam memikirkan apa benda yang aku lupa.

Sampai di rumah, bagi air Yeo’s kat mak, aku rehat kejap sebelum mandi dan solat, sambil memikirkan apa yang aku lupa tadi.

..

Selesai mandi dan solat, aku terus duduk depan komputer untuk terus kerja menulis aku dengan idea-idea yang sudah aku dapat semasa lepak di Taman Indah, diikuti dengan hidangan satu kotak air soya Yeo’s.

Aku tulis sekejap, berehat untuk minum air. Aku teguk dengan penuh nikmat, terfikir tentang gadis tadi yang membebel pasal Yeo’s. Selesai minum, aku tenung kotak tu. Tenung dalam masa 30 saat tanpa diganggu oleh adik-adik aku yang sedang bergaduh nak air yogurt oren Yeo’s kat ruang tamu. Maaf adik-adik, abam mu beli satu kotak, tu pun sebenarnya untuk abam mu minum. Haishh.

“Ting !”, terlintas sesuatu.

Alangkah menyesal tak habis aku, rupa-rupanya aku lupa nak tanya nama si gadis kurung hijau tadi. Aiseymen. Rugi pulak. Mana la tahu dia bagi nama dan nombor telefon dia, boleh berchatting semasa aku takda kerja nak buat.

Rugi betul.

Walau bagaimanapun, aku sangat berterima kasih kepada beliau sebab kerana dia, aku tahu dan faham kenapa aku begitu minat, suka dan gilakan air minuman Yeo’s. Di samping memberi aku tenaga mental untuk memerah idea menulis, dapat juga aku berkenalan dengan seseorang yang comel hanya dengan 2 kotak air soya Yeo’s. Dan tidak ketinggalan, perkenalan ini aku tulis dalam blog aku kelebihan minum minuman Yeo’s untuk dikongsi dengan pembaca agar mereka juga dapat berkongsi dengan orang lain melalui kata-kata, perkongsian facebook dan google+.

Mohon korang semua juga tekan untuk kongsi dibawah melalui facebook dan google+. Semoga terhibur dan terima kasih.

Wallahu’alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *