Aku review siraplimau.com

Wanita mana takkan ada masalah ? Huhu. Tipu weh kalau langsung takde masalah, tambah pulak kalau bab alam perkahwinan yang mana aku sendiri tak tahu macam mana masalah diorang, sebab aku lelaki dan aku belum nikah dan jugak borang penyertaan untuk menikah dengan aku masih belum terbuka, harap maklum, haha.

Blog yang bercerita pelbagai isu khusus untuk wanita iaitu siraplimau.com. Ok, aku akan review blog ni dan seperti yang korang tahu la kan, bab mereview ni bukan je memuji tahap awan-awangan, kritik pun kena ada, baru pedas dan seronok.

Aku kurang baik orangnya, jadi aku mulakan dengan kritikan-kritikan manis aku dulu erk. Korang mahu baca ke tak, terpulang tapi aku syorkan korang baca, mana la tahu dapat kritik aku balik, boleh kita lawan, mau ? Hee. Maklum lah, aku kurang mahir kalau bab wanita nih.

Kritikan manis untuk siraplimau.com

Aku kabur dengan blog ni. Bab design malas nak sentuh sangat. Domain dan tema ni haa. Malas nak cerita panjang, cerita sikit je yang mana tema “Segar lagi menyegarkan” ditujukan untuk artikel-artikel dalam blog ni tapi kurang sehaluan dengan domain dibeli. Mungkin diorang mahu sampaikan maksud tersirat domain tu iaitu manis masam dalam kehidupan tapi berapa ramaikah yang hebat mampu untuk dapatkan maksud tersirat ketat nih ?

#1 Tujuan yang samar

Aku dah baca tang about blog ni. Serious, aku tak tahu apa yang blog ni fokuskan. Masalah wanita kah? Masakan ? Fesyen ? Hmm. Aku bagi rekemen sekeras-kerasnya untuk tinggalkan bahagian masakan dan fesyen, fokus saja bab masalah wanita, selari dengan apa yang blog ni ingin bicarakan. Lagi pun, kebanyakan artikel aku duk tengok, masalah wanita je banyak. Jadi, fokus je yang ni.

Aku perasan ada adsense. Blog yang berniche macam ni perlu mantap dari segi mencari pembaca, baru dapat kaut duit melalui adsense. Dan jugak, jangan lupa bab SEO, cari kata kunci panas dan menguntungkan, tak perlu menulis dengan cara selamat, biar sampai ke bab intim tapi biar bertapis, hoho.

Bukan apa, kalau tujuan pun belum ditetapkan dengan serious, aku yakin blog ni tak mampu nak pergi jauh sebab terlalu bercelaru. Fokus pada satu je dan teruskan menulis artikel-artikel yang berani.

#2 Artikel tidak sesegar yang disangka

Tiada UMPHH yang dirasakan. Aku baca dan ianya tidak mampu membahagiakan hati dan jantung manis aku. Dari segi tips yang dikongsikan, memang dapat diterima dan dapat menambah ilmu dalam bab masalah wanita tu sendiri. Seperti tema yang diberi dan tertulis dalam about pasal artikel-artikel yang tidak disiarkan dalam tv, majalah dan sebagainya, bagi aku, artikel yang ditulis dalam blog ni bukanlah artikel segar dan baru seperti yang aku bayangkan. Kebanyakan artikel aku baca hanya ditambah perencah manis, taruk sedikit sirap limau untuk menampakkan artikel yang ditulis itu adalah segar. Sebenarnya, pada pendapat peribadi aku, ianya tidak. Walaupun artikel-artikel yang ditulis mampu bagi segala macam nasihat, tips, motivasi dalam masalah gadis-gadis comel tapi agak bimbang sebab tidak mampu menarik pembaca malah mungkin mereka yang datang hanya untuk mencari tips sahaja atau datang sekali dalam sebulan.

Jangan bermain dengan perasaan pembaca

Tulis artikel dengan permainan perkataan, panjangkan satu ayat selagi boleh, masukkan segala ayat manis, perencah magi kari, penyedap rasa jalen, perisa roti canai dalam artikel untuk tarik pembaca dan mencuit hati mereka dan juga hati manis aku, itu jangan lupa.

Bila orang baca, biar macam kena suntik. Uihh, baru mantap seh. Baca artikel yang best, ditulis sendiri, taruk segala pergolakan ayat manis masam dan dapat pelbagai input berguna, bermanfaat adalah salah satu artikel yang segar lagi meyegarkan, ye dak ? Pembaca pun senang tergoda untuk terus kekal setia membaca blog sebab mereka ‘nampak dunia’ ni penuh dengan masalah termasuk lelaki dan wanita.

#3 Gambar agak kurang senonoh

Ya, yang ini agak pedas aku nak utarakan. Bab aurat. Tak kira la aurat yang mat salleh punya atau orang kita sendiri punya atau diri sendiri punya, kita perlu tahu bab ni sebab sebaran benda yang haram kita lihat, turut kita dapat ‘saham buruk’. InsyaAllah, benda ni wajib dipraktikkan cepat-cepat. Setiap yang tengok, maka meningkatlah ‘saham buruk lagi busuk’ yang boleh membahayakan kita semua bila dibangkitkan dan berada kat sana nanti.

Lebih elok taruk gambar aku yang kacak ni, terutama dalam artikel berkaitan suami mithali. Ya, aku tahu gambar aku kacak tapi tak menarik, sekurang-kurangnya jauh lebih manis berbanding taruk gambar yang tayang sana sini. Dan, itu hak anda untuk taruk gambar lagi manis berbanding gambar aku tapi biarlah anggun dan menawan.

#4 Siapakah si penulis blog ?

Aku dah godek. Namun, aku tak jumpa penulis blog siraplimau.com. Hmm. Aku tak jumpa atau memang takde langsung ? Ok. Aku andaikan memang takde dan aku rekemen tulis la serba sedikit pasal penulis blog, tak kira la berapa banyak penulis pun, kalau boleh, biar ada jugak serba sedikit pasal penulis sebab tak kenal maka tak cinta, huu. Lagipun, pendekatan penulis kepada pembaca agak memainkan peranan penting dalam dunia blog ni, antara sebab ialah bila penulis blog tu ada untuk menjawab, pembaca nak tinggal komen soalan-soalan yang boleh membawa padah pun berani je. Ala, contoh macam cikgu dengan anak murid darjah 1 Mawar. Murid tu tak tau huruf apa lepas B, diorang tanya cikgu sebab cikgu tu yang ajar, prinsip ni lebih kurang sama je dengan penulis blog dan pembaca yang mana pembaca mahu bertanyakan masalah dia yang jatuh cinta pada aku, penulis blog ada untuk membantu dengan jayanya.

#5 Blog itu sendiri

Macam aku cakap kat atas, bab design, aku malas nak sentuh sangat sebab secara purata, bagi aku, dah mampu mencuit jantung hati pelawat blog ni. Cuma beberapa hal je aku nak tolong bagitahu demi penambahbaikan blog ini untuk lebih jitu dan ohsem pada masa yang akan datang.

  • widget rewards tu aku tak tau ape yang best tapi kalo tak bagi apa-apa manfaat menarik, buang aje;
  • letak widget popular kat bawah sikit dan pendekkan list entri popular, cukup 5 entri sudah;
  • taruk fanpage kat atas, bawah email subscribe pun nampak ok;
  • entri yang ada kat homepage, limit kepada 3 – 5, nampak semak kalau terlalu banyak;
  • kurang promosi;
  • sila aktif dalam media sosial, sekurang-kurangnya ada akaun dan letak kat sidebar pun dah ok;
  • itu saja kot.

Apa yang menarik pasal siraplimau.com?

Banyak. Kalau aku nak taruk semua, memang tak larat, tambah pulak berjela panjang post aku nanti, aku tahu korang bukan rajin sangat nak baca banyak-banyak melainkan kalau bab awek omei, ye dak ? Hahaha.

Antara perkara yang menjadi tarikan :

  • aku suka blog simple, jadi, blog siraplimau.com ni pun aku suka;
  • laman utama disusun dengan rapi, tak semak macam sesetengah blog;
  • keluasan blog memang luas, lagi luas daripada blog aku ni;
  • pantas dalam membuka blog;
  • tempat nak kongsi ke media sosial – facebook, twitter, google+ dijadikan sebagai sticky header;
  • ada facebook comment, agak membantu jugak bagi pembaca-pembaca yang jarinya kurang rajin nak menulis melalui borang komen tu;
  • perkongsian yang boleh membantu para gadis kat luar sana;
  • sebab aku antara pelawat blog ni.

Begitulah review yang aku buat

Bab kritik memang best tapi bab nak memuji, aku slowmo sikit sebab secara purata, ok je blog ni melainkan apa yang aku dah kritik kat atas sana tu haa. Boleh je abaikan apa yang aku dah review ni, mana tahu aku salah dalam review, dok syok sendiri je pandai, huuu.

Tapi, kalau nak melangkah setapak ke hadapan, cuba baiki apa yang aku dah kritik dan buat apa yang aku dah rekemenkan. Memang akan ambil masa, sikit atau banyak, depend pada usaha yang dibuat dan yang penting, biar tahu apa yang nak dibuat tu, jangan hanya main hentam buat je, insyaAllah, doa dan usaha betol-betol, dapat la capai apa yang dihasratkan dalam hati.  Dan, untuk pengetahuan anda semua, ini adalah hak masing-masing nak buat ke tidak, aku taknak memaksa, aku pun bukan hebat sangat, hoho.

Apa yang penting, content iaitu artikel blog. Menulis kisah benar atau berkait dengan hal serius yang bertepatan dengan tema diberi.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com dan Tareeq Al Jannah

# Bagi yang teringin nak join, boleh mula sekarang dengan klik kat SINI.

Wallahu’alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *