Dilema Berhenti Belajar

Hurm. Berhenti belajar ? Wo wo wo wooi. Jap. Kau tak rasa menyesal ke berhenti belajar ? Ilmu tu berharga tak ternilai woi. Kau belajar baca alif ba ta dari kecil sampai sekarang lancar elok baca al-Quran, siap boleh hafaz lagi. Nampak ?

Berhenti belajar di universiti aku tak kisah sangat tapi kalau berhenti belajar seumur hidup terus, tu bermakna kau tak bersyukur dengan anugerah Ilahi.

..

Aih, cam garang je aku tulis nih.

Sat.

Tukar tune.

Beep. Beep. Beep.
Teeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.

Okeh.

Khusus untuk para siswazah yang berhenti belajar sampai kena dilema serius tahap gigit bucu bantal peluk kawan sebelah rumah sewa. Berhenti belajar ni banyak sebab. Mungkin kena buang, malas, tiada minat, tak nampak hasil dan sebagainya. Aku tak tahu apa masalah diorang nih sampai kena berhenti belajar, mungkin serius atau separa serius atau buat-buat serius dan ada pro kontra jugak, cuma aku nak bagitahu, TIAP ILMU ADALAH CUKUP BESAR NILAINYA.

Masak daging masak merah, tulis blog, buat video gempak, baca surat khabar, mahu masuk interview INSTEP, nak dapat straight A, ambil hati si kawan. Semua kena ada ilmu baru dapat buat dengan baik lagi efisyen. Cewah, kelas kauuu.

Serius.

JANGAN BERHENTI BELAJAR

Tak kira la apa jua ilmu, kat mana dan bagaimana, sila jangan berhenti belajar. Mungkin sekarang tak nampak nilai ilmu tapi cuba tengok budak-budak lepak tiap hari kat warung mamat, takpun mat rempit atau yang menternak tahik mata pada waktu pagi sehingga larut petang; tak semua tapi majoritinya, diorang berjayakah ? Ada keinginan nak ubah nasib keluarga ? Ibu bapa menangis gembira atau sedih ? Hurm.

Kalau nak hidup berjaya dunia akhirat, belajar al-Quran dan Sunnah.

Kalau nak jadi doktor, belajar medic kat universiti tempatan pun ok.

Kalau nak masak makanan sedap untuk suami, belajar dengan chef-chef dalam youtube.

Kalau nak skor dalam SPM, belajar dengan rajin dan fokus.

Kalau nak settle masalah dengan tok bilal, belajar-belajar la muhasabah diri dulu.

Kalau nak ibu bapa menangis gembira, sila belajar dan sila buat dan sila fokus dan sila berdisiplin dan sila beristiqomah.

Ya, aku tahu. Memang susah, banyak cabaran dan halangan yang korang kena face to face, aku pun pernah rasa dan masih lagi merasa dan bakal merasa lagi. Bagi aku, itu cuma alasan sebab masalah adalah proses hidup dan setiap masalah yang kita hadapi adalah masalah yang kita boleh selesaikan atau handle dengan baik, betul dak ?

Hehehe.

Ok lah. Cukup la tu kot. Dok pening lagi belajar buat video nih.

Wallahu’alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *