Kenapa aku berblog?

Hobi? Suka-suki? Usha awek blogger? Tambah duit poket?

Dulu, memang ya.

Sekarang, tetap sama, cuma aku up sikit, nak tambah duit poket kasi lagi banyak, haha.

Maklum la sekarang harga barang naik sana sini, tak boleh salahkan mereka sebab benda ni babit semua pihak dan malas aku nak huraikan bab ‘mereka’ yang berada dalam institusi kerajaan, kang salah cakap, kena maki hamun pulak.

Kita buat apa yang patut – tambah duit poket.

Baru-baru ni aku bukak email blog ni guna tablet dan tup tup, dapat email yang menggembirakan hati merah jambu aku, alhamdulillah, boleh tambah duit poket, sambil-sambil buat belanja adik pegi makan roti canai.

Aku berblog guna 2 blog sekarang. Blog ni baru je lagi, masyuk jugak sikit-sikit tapi agak ketinggalan berbanding dengan blog aku satu lagi yang menggila hari-hari duk update segala macam entri, hehe. Ok la, tercapai jugak impian aku nak tambah duit poket.

Aku mau cuba affiliate pulak.

Wallahu’alam

1 thought on “Kenapa aku berblog?”

  1. Pingback: Media sosial mampu tingkatkan trafik blog – Farzli

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *