Media sosial mampu tingkatkan trafik blog

Setiap blogger ada cara tersendiri untuk tingkatkan trafik blog masing-masing, termasuk aku jugak, yang mana secara umum adalah sama, cuma cara dan strategi yang digunakan adalah berbeza. Aku lain, korang lain.

Bagi aku, trafik blog penting tapi tak sepenting memiliki pembaca setia yang dah jatuh cinta dengan penulisan blogger dan mahu berkongsi penulisan tu dengan rakan-rakan diorang mahupun keluarga sendiri. Secara tak langsung, trafik blog juga meningkat.

Apa yang korang boleh buat dengan trafik blog yang tinggi ? 500 UV sudah memadai tapi kalau 1000 UV ke atas, aku pasti blogger-blogger yang handal dalam bab ketengahkan blog mampu dapatkan pulangan yang baik.

Aku tak hebat sangat, jangan tanya .. !

SEO blog, komen blog rakan-rakan blogger, buat pertandingan atau giveaway iPhone 5S, entri blog yang mantap dan antara yang menarik adalah media sosial.

Tingkatkan trafik blog dengan media sosial

Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram adalah antara media sosial yang paling banyak digunakan oleh pengguna internet di Malaysia dan setiap daripada 3 media sosial ni ada kelebihan masing-masing yang mampu menyumbangkan trafik blog yang tinggi.

Bertukar pautan bersama blogger

Facebook group. Dengan adanya satu kumpulan khas seperti DenaihatiNetwork, para blogger dapat bertukar pautan entri masing-masing untuk dikongsi terutama entri terbaru.

Aku sendiri boleh tengok perbezaan antara berkongsi di laman media sosial atau tidak.

Para blogger kat luar sana ada idea-idea hebat, mereka mencurah idea kreatif setiap hari untuk dikongsi melalui kotak komen dan melalui cara ni, aku boleh tingkatkan apa yang mampu aku buat terhadap blog atau mendapat pelbagai jenis pendapat dalam satu post blog, begitu juga dengan blog-blog lain.

Dapat menarik pembaca baru

Makin aktif, makin ramai. Itu hipotesis yang aku boleh buat. Secara jujur, aku tak aktif sangat dalam media sosial, hanya suam-suam sahaja dek kerana masa yang agak terhad. Walaupun dengan sedikit masa saja aku luangkan, berjaya jugak aku tarik pembaca-pembaca blog yang baru. Setia atau tidak, aku tak tahu tapi sekurang-kurangnya, ada pembaca baru dan dapat tingkatkan trafik blog.

Ada medium untuk pembaca berkongsi

Seperti yang korang tahu, hampir setiap blog ada butang laman sosial termasuk blog aku. Facebook, Google+ dan Twitter antara paling biasa aku tengok. Fungsi butang ni dapat membantu trafik blog meningkat dengan jayanya.

Para pembaca blog dapat berkongsi artikel-artikel blog kepada rakan-rakan mereka melalui media sosial dan mengajak mereka untuk baca artikel tersebut. Artikel-artikel yang bermanfaat lebih cenderung mendapat perkongsian yang tinggi hingga mencecah ribuan seperti blog Denaihati.

Kesimpulan secara ringkas, media sosial sememangnya dapat meningkatkan trafik blog jika korang buat dengan cara betul seperti konsisten dalam menggunakan media sosial, bergiat aktif, membina network dan pengaruh serta banyak lagi. Untuk tingkatkan lagi trafik blog dengan lebih mencanak, sila cerita pasal aku, ok ??

Wallahu’alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *